Melaka diketahui sebagai sebuah negeri bersejarah yang kaya dan dikenali sebagai lambang semangat perpaduan kebangsaan yang telah ditempa hasil ukiran dan tenunan sejarah yang unik.
Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (atau Raja Iskandar), pemerintah Melayu Temasik yang terakhir (Singapura pada masa dahulu) pada tahun 1396 apabila baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke selat menuju ke Muar, dan kemudiannya ke Sungai Ujung sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara Sungai Melaka.
Setelah mengetahui akan kedudukannya yang strategik, baginda memutuskan untuk menetap di situ dan menamakannya sebagai "Melaka" sempena nama sebuah pokok tempat baginda bersandar.
Monday, March 19, 2007
Sejarah Melaka
Masjid di Melaka
Kawasan di Melaka
Alor Gajah terletak 19km dari Bandaraya Melaka Bersejarah. Daerah Alor Gajah sebelum tahun 1937 adalah di bawah pentadbiran Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Namun ianya telah ditakluk oleh pemerintah British di Melaka melalui Perang Naning. Kubur tentera Inggeris yang terletak di pusat Bandar Alor Gajah menjadi bukti sejarah kepada penentangan Melayu Naning kepada pencerobohan Inggeris. .Nama “Alor Gajah" dikatakan berasal daripada sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh gajah putih yang gemar menyusuri alur sebatang sungai. Sejak dari itu, penduduk tempatan menamakan bandar ini Alor Gajah dan ia kekal hingga ke hari ini.
Bandar Alor Gajah juga dikelilingi oleh kampung-kampung tradisi yang masih asli khususnya kampung-kampung di sepanjang laluan dari pusat bandar Alor Gajah ke Melaka dan Tampin.
Pakaian orang Melaka
Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian.Busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana pengaruh dari Portugis, China, India juga dari Kepulauan Melayu. Pakaian Baba dan Nyonya menyerlahkan pertembungan budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan lagenda Puteri Hang Li Po.
Subscribe to:
Posts (Atom)